‘Dah Pukul Dan Halau Anak Dari Hidupku, Tapi..’ – Ibu Haneesya Respon Video Viral?Isu & Kontroversi

Laman sosial kecoh apabila satu video mirip Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee yang sedang berhibur dan meneguk minuman keras dipercayai di sebuah kelab malam.

Ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda kemudiannya memuatnaik kenyataan berhubung tersebarnya video berkenaan menerusi Facebooknya.

Akui anak culture shock

Menurut Nor Sakuraneeda, dia suatu ketika dulu mengawasi pergerakan anaknya itu sehingga dilabel mengongkong dan kejam. Jadi, setelah Haneesya meningkat dewasa, dia mula memberi sedikitt kelonggaran untuk memberi peluang anaknya merasa nikmat dewasa.

Dulu aku kehulu ke hilir teman dia, sampai ada kata aku mak yang control anak sangat.. mak kejam.. so bila Haneesya semakin dewasa aku mula longgarkan penjagaan so that dia tak terasa tertekan dan dapat rasa nikmat as remaja.. tapi bila kita loose dan bagi sepenuh kepercayaan.. Anak mula cultural shock berkawan.. BUKAN SALAHKAN KAWAN TAPI SEKADAR NASIHAT:- BUKAN SEMUA ORG BOLEH JADI KAWAN.

Tambahnya lagi, pengaruh kawan boleh membuatkan seseorang itu lalai dan terpengaruh. Malahan wanita itu turut mengakui telah memukul dan menghalau anaknya namun masih diberi kesabaran.

Kawan lah dgn org yg mampu memberi manfaat dan kebaikan.. JGN SAMPAI MUDAH TERPENGARUH!! BILA KITA LALAI N TERLEBIH SERONOK AKAN LUPA DIRI!!.. tadi dah kena pukul dan halau anakku dari hidup aku.. tapi Allah masih beri aku iman dan kesabaran..

Moga kesilapan buat kamu lebih berhati-hati

Ibu kepada gadis berkulit hitam manis ini juga turut mengatakan dia menerima kesilapan yang dilakukan anaknya itu. Dia juga memberitahu akan sentiasa berada di samping Haneesya untuk membimbingnya.

SHE STILL NEED ME!! Its ok la.. mistake happen n hope u will learn ur lesson.. mommy control dulu supaya tak jadi huru hara cam sekarang!!..

TAK PA SELAGI MOMMY HIDUP MOMMY AKAN TERUS GUIDE U.. Moga kesilapan ini jadikan you lebih berhati hati dalam hidup. Tq Allah menegur kesalahan anakku pada peringkat awal.. moga kau permudahkan ujian pada anakku aamin.

Sumber: Nor Sakuraneeda

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here