Mahu mengikuti trend semasa dan juga atas permintaan netizen, usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Nur Sajat turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan cabaran #10YearsChallenge.

Berkongsi foto ketika beliau menyertai pertandingan Miss Kebaya pada tahun 2009, Sajat mengatakan beliau masih sama seperti dahulu, kekal cantik. Pada masa yang sama, Sajat sekali lagi menegaskan bahawa dirinya khunsa.

Rata-rata netizen masih tidak berpuas hati dengan sikap Sajat yang sehingga kini masih bermain teka-teki mengenai jantina sebenarnya. Meskipun nama lelakinya iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman sudah didedahkan ketika kes beliau gagal membayar cukai GST sebelum ini, Sajat tetap gigih ingin membuktikan beliau seorang wanita.

  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here