Tempoh hari viral di laman sosial satu video wanita mirip Haneesya Hanee sedang berada di kelab malam dan meneguk minum keras. Malah, ibu kepada Dewi Remaja itu turut akui anaknya semakin liar kerana pengaruh rakan.

Terbaru, menerusi Harian Metro, Hanesya tidak mahu mengulas lanjut video viral itu.

Saya minta maaf

Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan.

Menurut Haneesya, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai video pendek yang menunjukkan dia sedang bersosial bersama beberapa rakan di kelab malam. Sementara itu, Nu Idektiv selaku pemilik jenama Dewi Remaja, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka masih menyiasat insiden tersebut.

Tindakan akan diambil

Selaku pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/2019.

Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil.

Walau bagaimanapun, video berdurasi 8 saat itu sudah dipadam oleh individu yang memuat naiknya tidak lama selepas itu.

Sumber : Oh!Bulan , Harian Metro

  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here