Berita perpisahannya pernah mengejutkan satu Malaysia suatu ketika dulu. Manakan tidak, rumah tangga yang dibina Bella Dally dan Nazim Othman ketika itu masih boleh dikatakan baru.

Enggan mengenang episod lama, Bella menerusi Instagramnya mengumumkan berita gembira pertunangannya dengan seorang jejaka berasal dari Sabah.

Merasakan ada keserasian

Menurut Bella kepada Harian Metro, majlis pertunangannya dilangsungkan secara tertutup di rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah, Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, mereka mengambil keputusan melangkah setapak lebih serius setelah 5 bulan mengenali hati budi masing-masing. Ujar bekas peserta Pilih Kasih ini, Arif merupakan kenalan sepupunya yang menunjukkan keserasian setelah kerapkali berjumpa.

Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.

Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.

Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh.

Doakan yang baik-baik

Sementara itu, dia juga menjelaskan lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai hal peribadi sebegini. Menurutnya, apa yang peminat perlu tahu, dia berada dalam keadaan bahagia ketika ini.

Cukup untuk saya kongsikan apa yang patut saja. Lagi pula, saya tak suka nak berahsia. Lambat laun orang akan tahu juga. Jadi, lebih baik saya bercakap jujur.

Apa yang penting, saya ingin peminat tahu saya kini dalam fasa gembira dan bahagia. Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

Sumber: Oh!Bulan , Harian Metro

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here