Kontroversi foto mesra dan juga pengakuan Emma Maembong tidak bertudung memberikan kesan kepada hubungannya bersama Syed Abdullah.

Emma bertindak memadam semua foto ketika mereka bercuti bersama dan sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Pelakon wanita itu hanya mengikuti tiga akaun, malah beliau juga tidak mengikuti akaun mana-mana rakan artis, termasuk ahli keluarganya.

Bagaimanapun, Syed Abdullah masih lagi meyimpan serta memaparkan foto bersama Emma di akaun media sosialnya itu.

Terdahulu, netizen ‘menyerang’ akaun Instagram Syed Abdullah dan mendakwa beliau adalah punca Emma membuka tudungnya selepas lima tahun berhijab. Bagaimanapun, Syed Abdullah menafikannya dan menganggap setiap tuduhan dan kritikan yang dilemparkan sebagai cabaran.

Sumber Berita : Astro Awani

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here