Pernah terpalit dengan kontroversi dikala popularitinya sedang melonjak naik, penyanyi Ismail Izzani mengakui turut terkesan dengan berita panas pendedahan foto mesra beberapa rakan artis yang tersebar sejak kebelakangan ini.

Pesanan Ismail, mereka harus berhat-hati dalam setiap tindakan termasuklah jangan salah memilih kawan dan perlu tabah untuk menghadapi dugaan serta kecaman netizen.

Sebagai selebriti memang akan ramai yang mencari salah kita. Walaupun saya sendiri pernah mengalaminya namun pada masa hadapan saya sendiri tidak tahu apa pula prang akan cari kesalahan saya. Namun, apa boleh saya kongsi adalah mereka perlu lebih berhati-hati dalam memilih rakan dan mempercayai orang di sekeliling kita.

Mengakui pernah ke kelab malam untuk mencari keseronokkan, bagaimanapun kontroversi yang menimpa Ismail membuatkan beliau bersikap lebih matang kini.

Sebelum ini saya tidak matang dan selalu berfikir pergi ke kelab malam itu adalah satu-satunya cara untuk berseronok. Tetapi sekarang saya sedar itu bukan caranya kerana banyak lagi benda lain saya boleh buat.

Terdahulu, Ismail dikecam teruk gara-gara kontroversi berparti di kelab malam sambil merangkul pinggang pelakon Zarina Anjoulie. Bukan itu sahaja, beliau juga didakwa tidak mahu membayar hutang bil hotel berjumlah RM 398.85 kepada Zarina setelah menggunakan bilik hotel ata nama pelakon itu untuk memadu asmara dengan teman wanitanya.

Sumber Berita : mStar Online

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here