Seorang lelaki yang sebelum ini mendakwa penyanyi Misha Omar mengamalkan ilmu hitam untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 31 yang berlangsung baru-baru ini telah membuat permohonan maaf. Bercakap kepada Berita Harian, lelaki itu mendakwa terlalu mengikutkan perasaan ketika itu:

Jauh di sudut hati, saya ingin memohon maaf kepada Misha atas kekhilafan saya.

Memang salah saya bertindak mengikut perasaan ketika itu. Apatah lagi status terbabit dibuat gara-gara membaca status orang lain yang menyatakan, kononnya Misha menggunakan sihir untuk menang.

Sesetengah Netizen mendakwa bagaimanapun, lelaki itu berkata begitu sebagai reaksi kepada tweets yang ditulis oleh pemilik satu akaun Twitter tidak dikenali. yang menggunakan handle @PenumpahTeh

Azhar Aziz telah tampil mengaku kesilapan dan meminta maaf, manakala pemilik akaun @PenumpahTeh telah menyahaktifkan akaun setelah Misha mengadakan sidang akhbar memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang memfitnahnya.

Identiti sebenar pemilik akaun yang sebelum ini menyebarkan beberapa gosip lain itu masih belum diketahui. – beautifulnara.com

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here