Maka remuklah hati para jejaka yang menyimpan sekelumit perasaan cinta kepada Nelydia Senrose. Pelakon jelita ini telah pun mengesahkan bahawa dirinya akan berkahwin tidak lama lagi. Pengumuman ini telah dilakukan menerusi akaun Twitternya. Jutaan tahniah diucapkan buat Nelydia serta bakal suami.

Untuk makluman, petang semalam sebuah majlis ‘bridal shower’ telah dianjurkan untuk Nelydia sebagai tanda dirinya akan menamatkan zaman bujang. Antara kelibat yang dilihat menghadiri majlis itu termasuk kakaknya, Uqasha Senrose; adiknya, Raysha Rizrose serta sepupu, Aprena Manrose. Menggunakan hashtag #myotherhafeznel, ia mengesahkan bahawa bakal suaminya adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafez.

nelydia senrose hafez

Kata Nelydia apabila ditanya tentang berita ini:-

Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi. Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan

View this post on Instagram

Guess who’s next ? ? #myotherhafeznel #kesiankenatolaktolak #annoying #sangguptakpakaiheels

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

Semoga segala perancangan buat Nelydia Senrose dan Hafez akan berjalan lancar selepas ini. Tak sabar rasanya ingin melihat Nelydia bersanding di atas pelamin. Confirm cun melecun dan memukau. Lagi beberapa gambar sekitar majlis ‘bridal shower’ Nelydia Senrose dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nelydia senrose kahwin


nelydia senrose hafez
nelydia senrose hafez

nelydia senrose hafez
nelydia senrose hafez
nelydia senrose hafez

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here