Filem Misteri Dilaila karya Syafiq Yusof mendapat sambutan yang menggalakkan begitu juga ulasan positif kerana jalan cerita yang menarik dan menampilkan dua versi pengakhiran berbeza untuk satu cerita yang sama.

Sejak beberapa hari lalu, filem ini menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ada yang mendakwa filem ini meniru sebuah filem antarabangsa Vanishing Act yang ditayangkan pada tahun 1986.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan plot kedua-dua buah filem ini hampir 80 peratus sama.

Walaupun ada penonton yang agak kecewa apabila timbul isu ini, ada juga yang memberikan pujian kepada Syafiq yang berjaya menghasilkan filem unik dan berbeza tiada filem lain seumpama Misteri Dilaila di Malaysia.

Apa pula komen anda?

Kredit Video : Astro Shaw & VintageLynx

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here