Tidak lama lagi adiknya, Nelydia Senrose bakal berkahwin, sebagai kakak tentunya Uqasha Senrose dihujani dengan pelbagai soalan tentang bila pula gilirannya untuk mendirikan rumah tangga? Tidak kisah adiknya langkah bendul?

Bagaimanapun, Uqasha sedikit pun tidak terkilan dan memberitahu beliau enggan terburu-buru mencari pasangan.

Tidak timbul perasaan tertekan sebab saya percaya jodoh itu ada, mungkin lambat sahaja. Kalau kahwin cepat tetapi akhirnya orang itu bukanlah jodoh yang betul pun, untuk apa. Kenapa perlu memperjudikan masa depan dan hidup untuk orang yang salah. Pendirian saya mudah, biar lambat asal selamat. Saya gembira dengan apa yang saya ada sekarang.

Berbicara tentang lelaki idamannya, Uqasha sebenarnya tidak pentingkan soal status ataupun pangkat tetapi mahukan seorang lelaki yang kuat pegangan agama dan mampu membimbing dirinya.

Saya tidak pandang soal itu sangat, asalkan ada perasaan melekat di dalam hati, orangnya baik dan boleh terima keburukan terutama kisah silam saya, itu sudah memadai. Perkara paling penting juga, saya mahu kami sama-sama percaya diri boleh berubah ke arah lebih baik. Seteruk mana pun kisah hidup seseorang perempuan, lelaki tersebut mestilah boleh membimbingnya dan ada pegangan agama yang kuat.

Semoga satu hari nanti Uqasha akan bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik. Betul kata beliau, dalam soal perkahwinan dan memilih pasangan hidup, kita tidak harus terburu-buru. Biarlah ambil masa sedikit asalkan nanti berkekalan.

Sumber Berita : Kosmo

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here