Agak jarang sebenarnya pelakon Sharnaaz Ahmad memberikan komen tentang isu percintaan mahupun perkahwinan selebriti, namun kali ini beliau terbuka hati untuk memberikan nasihat serta kata-kata semangat buat Awi Rafael dan Atikah Suhaime yang membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.

Kata Sharnaaz, perancangan Allah SWT itu lebih halus serta teliti, sebagai manusia kita harus redha dengan setiap ketentuanNya.

Ketika ini, Sharnaaz juga sedang menghadapi dugaan tersendiri. Memuat naik pelbagai status luahan hati di akaun Instagram, rata-rata netizen mengatakan rumah tangga pasangan Sharnaaz dan Noor Nabila sedang bergolak. Namun, sehingga kini pelakon itu enggan memberikan sebarang komen mengenainya.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here