Semalam, pelakon Rashidi Ishak mengumumkan beliau sudah becerai dengan Vanidah Imran pada 9 Ogos tahun lalu selepas 17 tahun melayari bahtera perkahwinan. Sebelum ini, khabar angin mengenai perceraian mereka sudah lama diperkatakan tetapi kedua-duanya enggan memberikan sebarang komen.

Berita itu membuatkan ramai peminat terkejut yang selama ini melabelkan Rashidi dan Vanidah sebagai pasangan artis paling ‘sweet’ serta jarang terpalit dengan kontroversi.

Vanidah menerusi portal Astro Awani berkata, tiada sebarang pertengkaran berlaku antara beliau dan Rashidi sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka dan menjelaskan perpisahan mereka dibuat secara baik.

Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu. Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua.

Walaupun sudah tiada lagi ikatan antara mereka, Vanidah dan Rashidi masih mempunyai hubungan yang baik demi kebaikan anak-anak mereka. Tiada permusuhan dan akan terus bersahabat.

Sudah tertulis jodoh mereka sampai di sini sahaja dan kami sangat respek dengan keputusan Rashidi dan Vanidah yang masih boleh mengekalkan hubungan baik meskipun sudah bercerai. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka agar keharmonian itu dapat berkekalan selamanya.

Sumber Berita : Astro Awani

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here