Ketika ini pelakon Nelydia Senrose sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya bersama cinta hati, Hafiz. Sebelum ini, kami ada dengar berita beberapa rakan artis sudah pun menerima jemputan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Nelydia masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya. Namun, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, pelakon jelita itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal April.

Baru-baru ini teman Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan. Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Di kesempatan ini juga Cik Pang mengucapkan sekalung tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Pastinya perkahwinan Nelydia antara yang dinantikan ramai, kami doakan agar majlis yang dirancang diberkati dan dipermudahkan. Kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here