Rasanya semua kenal dengan personaliti media sosial, Farah Lee seorang ibu tunggal yang cukup tabah dan bersemangat menjalani kehidupan bersama anak perempuannya, Maream Esabel.

Sedang melanjutkan pelajaran di University of Leeds, United Kingdom dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak, Farah sering sekali berkongsi coretan yang cukup memberikan inspirasi buat ramai orang di luar sana.

Kali ini perkongsian Farah mengenai persoalan kenapa beliau tidak mencari pengganti selepas bercerai dengan Ally Iskadar mencuri tumpuan ramai.

Dalam tulisannya itu, Farah berkata beliau sehingga kini masih lagi trauma dan mencari pengganti bukan bermakna ia mampu menyembuhkan luka yang masih berbekas dalam hatinya.

Pada masa yang sama, beliau sempat titipkan pesan untuk mereka yang bergelar janda tidak malu dengan status mereka.

Perkongsian Farah itu sekali lagi memberikan inspirasi kepada wanita yang turut menghadapi situasi yang sama. Mereka juga mendoakan agar satu hari Farah juga akan bertemu dengan kebahagiaannya.

Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan kemudiannya bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here