Tahniah kami ucapkan kepada Che Puan Juliana Evans dan suami yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Juliana mengumumkan berita gembira tersebut dengan memuat naik foto beliau memegang ‘baby bump’ yang sudah semakin jelas kelihatan. Difahamkan usia kandungan sudah memasuki usia 5 bulan.

Rata-rata rakan artis dan peminat begitu teruja dengan berita tersebut dan mendoakan agar kandungan Juliana membesar dengan sihat. Ada juga yang memuji betapa cantik dan berserinya beliau.

Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here