Keputusan Emma Maembong untuk membuka tudung beberapa bulan lalu mengejutkan ramai. Pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada pelakon itu.

Namun, apabila Emma berkesempatan untuk menunaikan umrah baru-baru ini, ramai pula yang meletakkan harapan tinggi agar beliau kembali berhijab.

Bagaimanapun, Emma berharap agar orang ramai tidak terlalu memaksa dan memberikan beliau ruang untuk memperbaiki dirinya. Janganlah mengecam tetapi doakan yang baik-baik sahaja buatnya.

Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik. Namun, jangan pula saya dikecam apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa. Usahlah mengecam, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif antara satu sama lain.

Perubahan untuk menjadi seorang yang lebih baik memerlukan masa tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Biarlah ia dilakukan dengan hati yang ikhlas agar dapat kekal istiqamah.

Sumber Berita : BH ONLINE

  • 148
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    148
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here