Tentunya ada yang masih ingat tentang isu penyanyi Linda Rafar bersama jururawat sehingga badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda demi menegakkan keadilan bagi jururawat.

Terbaru, Linda memaklumkan peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM2 juta daripada Delegasi Jururawat Malaysia (DON) atas dakwaan menjejaskan reputasinya.

Linda terpaksa membuat tuntutan tersebut selepas pihak DON tidak memberikan sebarang respon berkenaan surat tuntutan yang telah dihantar.

Sebelum ini, saya dah berikan peluang kepada mereka untuk memohon maaf. Saya masih lagi punya perikemanusiaan dan terbuka untuk berbincang. Namun, nampak gayanya pihak sana pun semakin keterlaluan dalam memanipulasi cerita, kononnya, seperti mereka pula yang menjadi mangsa.

Daripada apa yang saya dengar, mereka ingin menyaman saya sebanyak RM1 juta. Dari situ, jelas sekali mereka yang pada awalnya tiada kaitan dengan isu yang saya bangkitkan sebelum ini, ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Pihak peguam Linda memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung isu terbabit. Merupakan selebriti pertama yang mengemukakan saman terhadap netizen, tindakan Linda itu mendapat pujian daripada rakan artis.

Sumber Berita : Harian Metro

  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here