Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon jelita, Bella Dally yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Putrajaya, semalam.

Dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat, Arif menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Bella dan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.

Pasangan ini berkenalan pada Ogos tahun lalu dan membuat keputusan untuk terus mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu hanya selepas lima bulan berkenalan. I

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Bella, sebelum ini beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Nazim Othman tetapi jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 2 Mei 2018.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Instagram Orang Putih Kita

  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here