Sejak bulan lalu, timbul khabar angin mengatakan pelakon Elfira Loy sudah berbadan dua. Tidak mengiyakan mahupun menafikannya, Elfira meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja.

Kata Elfira, tentunya setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk menimang cahaya mata.

Lumrah pasangan yang sudah berkahwin, mesti mereka mahukan cahaya mata sebagai penyeri keluarga. Alhamdulillah, semenjak hari pertama saya bernikah, saya telah menerima doa dan kata-kata yang baik dari peminat.

Mereka berharap serta mahu melihat saya dan suami menimang anak secepat mungkin. Jadi, bagi menjawab desas-desus terbabit, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami, Insya-Allah.

Terdahulu, ada peminat membuat andaian bahawa Elfira mungkin sudah hamil (bunting pelamin) menerusi beberapa foto ketika majlis persandingan di pihak lelaki. Kataya ‘baby bump’ Elfira seakan sudah kelihatan dan bajunya pula direka seperti hendak menyembunyikan bentuk perutnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

  • 7
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    7
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here