Melalui satu kenyataan media, persatuan jururawat yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang oleh penyanyi Linda Rafar memberitahu bahawa Linda memberi kenyataan yang tidak benar dalam artikel tersebut.

Delegation of Nurses menafikan pihak mereka ada memulakan tindakan guaman sehingga ingin menuntut wang RM1 juta. Sebaliknya Linda, melalui peguamnya, telah menghantar notis tuntutan wang RM 2 juta kepada e-mel persatuan.

Malah, Delegation of Nurses menafikan ada dihubung atau dijemput oleh pihak Linda Rafar untuk mengadakan sebarang perbincangan sebelum notis tuntutan itu diterima.

Persatuan itu menambah, kes saman fitnah seorang Jururawat ke atas Linda akan mula perbicaraan sekitar Mei. Ia hanya menjadi pemudahcara bagi membantu jururawat yang dikatakan difitnah oleh Linda.

Delegation of Nurses berkata, ia tidak akan memfailkan sebarang tindakan guaman di atas nama persatuan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kesemua ahli-ahlinya yang berdaftar.

Ia juga bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat ke atas Linda melalui kenyataannya kepada Harian Metro tersebut kerana ianya didakwa berunsur fitnah.- beautifulnara.com

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here