Sebelum ini, Nur Fazura ada meluahkan rasa terkilan apabila Datuk Hans Isaac menerusi mesej di Whatsapp menuduhnya tidak menghormati artis lain apabila beliau didakwa meletakkan syarat tertentu hanya mahu bersama suaminya, Fattah Amin bagi menyampaikan anugerah pada malam FFM30 lalu.

Oleh itu, Fazura menuntut agar Hans memohon maaf kepadanya dan Fattah bagi membersihkan nama mereka.

Terbaru, Hans terkejut mengapa mesej peribadinya itu didedahkan kepada umum sedangkan ia sepatutnya antara beliau dan Fazura sahaja.

Terkejut juga bila dapat tahu mesej yang sepatutnya antara saya dan Fazura boleh diketahui umum. Sedangkan ia adalah mesej peribadi. Saya akui memang ada meluahkan rasa kecewa tu tapi kalau betul kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah itu tidak ada kena mengena dia boleh jelaskan kepada saya, bukan dengan mengeluarkan kenyataan kepada media.

Saya akan minta maaf kepada dia kalau betul-betul salah, tapi itulah seperti yang saya katakan sepatutnya ia antara saya dan Fazura bukan untuk pengetahuan umum.

Menurut Hans, bukan beliau sahaja terkejut dengan penampilan Fattah di atas pentas, malah Maya Karin juga. Setahunya, hanya pemenang anugerah sahaja yang boleh menjadi penyampai anugerah.

Sumber Berita : mStar Online

  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here