Empat tahun menanti tetapi hasrat pelakon berbakat, Nabila Huda untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila mengalami pendarahan yang teruk menyebabkan beliau keguguran.

Berita itu dikongsikan oleh Abil sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam. Mengakui sedih dengan apa yang berlaku, Abil bagaimanapun tetap positif dan redha dengan ketentuan takdir.

Instagram Photo

Rata-rata netizen sebak melihat video ‘throwback’ yang dimuat naik oleh Abil saat beliau memberitahu anak sulungnya, Keisha Laila bahawa beliau sedang hamil. Tanpa sedar, ramai yang mengalirkan air mata bila lihat betapa gembiranya Keisha mengetahui ibunya hamil.

Bertabahlah Abil, inshaAllah selepas ini ada rezeki anda dan suami untuk menimang cahaya mata. Jangan mudah putus asa.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here