Drama fenomena yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin iaitu Nur 2 akan mula ditayangkan malam ini menerusi slot Samarinda di TV3 pada jam 10 malam.

Ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui sambungan kisah Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle dan juga Nur lakonan Amyra Rosli.

Instagram Photo

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di Instagram, debaran kian terasa apabila kehadiran pelacur bernama Juwita lakonan Azar Azmi menguji kesetiaan Ustaz Adam pada isterinya. Mampukah Ustaz Adam menahan godaan Juwita?

Instagram Photo

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon hebat lain seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan Riena Diana. Sama-sama kita nantikan episod pertama malam ini, memang tidak sabar untuk ketahui apa lagi konflik yang bakal berlaku dalam Nur 2.

Kredit Video : TV3 Malaysia & Radius One Sdn Bhd

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here