Membuat keputusan untuk menanggalkan tudung beberapa bulan dulu mungkin membuatkan nama Emma Maembong dikecam serta dihimpit kontroversi. Bagaimanapun, Emma boleh menarik nafas lega kerana tindakannya itu tidak pun menjejaskan kariernya. Sebaliknya, beliau sendiri mengakui menerima banyak tawaran lakonan.

Alhamdulillah, kerjaya seni saya setakat ini kekal berjalan dengan baik dan lancar. Apa sahaja kontroversi yang sudah berlaku, itu adalah hal peribadi dan tiada kaitan dengan karier saya sebagai pelakon.

Memang sejak kebelakangan ini tawaran lakonan semakin banyak, namun saya hanya fokus satu projek pada satu masa. Bagi saya, kualiti lakonan meningkat dan masa saya lebih terurus apabila memilih cara begini.

Terdahulu, kecoh apabila Emma yang sudah lima tahun berhijab membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan mengakui imannya belum cukup kuat untuk terus istiqamah menutup aurat.

Sumber Berita : Kosmo

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here