Pelakon Aeril Zafrel dikenali sebagai seorang yang suka bergurau dan ada kalanya ia berkaitan dengan isu semasa yang viral.

Namun, muat naik beliau kali ini mendapat kecaman netizen yang mendakwa beliau tidak sensitif dengan isu kehilangan peserta larian, Mohammad Ashraf yang sehingga hari ini masih kekal misteri.

Aeril memuat naik foto gambarnya seakan-akan di belakang hutan dengan membuat bulatan-bulatan kecil seperti ingin menunjukkan sesuatu.

Gurauan Aeril itu tidak boleh diterima oleh netizen yang menganggap beliau ingin mencari publisiti murahan dan langsung tidak memikirkan perasaan keluarga Ashraf ketika ini. Dalam erti kata lain, bergurau tidak kena dengan situasi.

Difahamkan, Aeril sengaja memuat naik gambar itu memerli ragam netizen di Malaysia yang selalu ingin mengaitkan unsur mistik dalam semua perkara dan terlalu percayakan alam ghaib.

Tidak dinafikan, mungkin juga sindiran ini kurang sesuai dengan masanya, ramai yang masih risau dan terkesan dengan kehilangan Ashraf. Apa-apa pun, jom kita berdoa agar Ashraf dapat ditemukan segera.

  • 8
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here