Bulan lalu ramai yang teruja apabila kumpulan popular, Westlife bakal mengadakan konsert di Malaysia. Pasti ada yang sudah tidak sabar untuk menantikan detik penjualan tiket untuk dibuka kan?

Nampaknya peminat tidak perlu tertunggu-tunggu lagi kerana penganjur MacPie Pro memaklumkan tiket konsert tersebut akan mula dijual pada minggu hadapan, iaitu 13 dan 14 April ini di Atria Shopping Gallery.

Anda juga boleh membeli tiket secara atas talian bermula jam 12 tengah hari 14 April di laman web dan aplikasi Macpie Pro. Harga tiket bermula dari RM273 sehingga RM693.

Kumpulan yang dianggotai Shane Filan, Mark Feehily, Nicky Bryne dan Kian Egan itu bakal mengegarkan pentas Malaysia pada 8 dan 9 Ogos ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Ia sebahagian daripada konsert jelajah The Twenty Tour. Ada yang sudah tidak sabar untuk menantikan persembahan mereka?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here