“Boikot aktiviti tunggang gajah…” – Kejam! Sisi gelap proses menjinakkan gajah terbongkar

Gajah sangat sinonim dengan Thailand, sesiapa sahaja yang melancong ke negara itu pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menunggang gajah.

Namun dalam keseronokan para pelancong menunggang gajah, hakikatnya ada sisi gelap mengenai haiwan yang masih ramai yang tidak mengetahui.

Gajah diperlakukan dengan kejam

Menerusi thread di Twitter baru-baru ini, seorang pemuda dengan nama akaun Faizal Ghazaly telah berkongsikan mengenai realiti sebenar betapa kejamnya cara latihan yang diberikan kepada gajah-gajah malang itu.

You can stop inhumanity tortured on elephants by stop riding an elephant! pic.twitter.com/oYtPd0wXzI

— abang baik (@faizalghazaly) April 12, 2019

Jinak supaya ikut arahan

Difahamkan, demi untuk memenuhi permintaan pelancong yang mahu menggunakan khidmata gajah, para pelatih gajah selalunya akan menjinakan haiwan tersebut terlebih dahulu supaya boleh mengikut arahan.

Pisahkan anak daripada ibu

Menerusi makluman daripada penggunan Twitter yang dikenali sebagai Fuzirbarry pula, anak gajah akan dipisahkan daripada ibunya dan dikurung dalam ‘penjara kayu’.

Proses ini dipanggal "Phajaan". Proses yg kejam yg mana baby gajah dipisah cara paksa & didera. Last2 bagi pelancong naik seronok2. So, bile pegi Siam, jgn gatal2 nak naik gajah. RT utk pengetahuan bersama! #StopAnimalCruelty #elephant pic.twitter.com/YqPv8TwJem

— Uncle Barry (@fuzirbarry) May 2, 2018

Dikurung dan didera…

Penuh parut di kepala gajah

Lebih kejam, lagi dalam proses menjinakkan haiwan itu yang digelar sebagai Phajaan, memerlukan penjinak menggunakan objek tajam dikenali sebagai Bullhorn untuk mencucuk gajah-gajah tersebut agar mengikut arahan.

Kalau dapat dilihat, perbuatan tidak berperikemanusiaan telah melanggar hak asasi haiwan yang sepatutnya dipelihara, boleh dilihat pelbagai kecederaan ditanggung haiwan tersebut demi untuk mengikut kehendak manusia.

Dapat rasa gajah2 tu sakit, sedihnya

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa haiwan tersebut, dan berharap agar aktiviti tunggang gajah dapat dihentikan.

Gajah tu pun tahu rasa sakit…Semoda dapat balasan nanti Jangan sokong aktiviti tunggang gajah

Perkara seperti tidak boleh dibiarkan, memang benar haiwan tidak dikurniakan akal seperti manusia namun jangan pernah lupa bahawa haiwan masih punya hati dan perasaan sama seperti kita.

Sumber : Faizal Ghazaly & Fuzirbarry

Komen

  • 1.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.8K
    Shares

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here