Kempunan nak makan sambal sotong, pemuda maut motosikal dilanggar van ‘U Turn’

Petang tadi, telah tular beberapa keping gambar kemalangan maut yang berlaku di Johor. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian merupakan seorang pemuda berusia lebih kurang 20an yang menunggang motosikal.

Baru pulang bercuti

Menurut perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Qaiyum Yamalaya, mangsa yang dikenali sebagai Eliyas Najmi baru sahaja bertemunya ketika mereka sama-sama bercuti ke Hatyai. Namun, tanpa disangka, temannya itu telah ditimpa kecelakaan.

Ya allah baru jumpa hari tu time ride dekat hatyai..mcm xcaye semalam kau ckp kau teringin nak makan sotong sambal..allah lebih sayangkn kau Eliyas II Najmi al fatihah..

Posted by Qaiyum Yamalaya on Friday, April 19, 2019

Kemalangan dengan van

Tambah Qaiyum lagi, mangsa ada memberitahunya berasa teringin untuk menikmati hidangan sambal sotong. Namun, tuhan lebih menyayanginya.

Menurut komen yang diperoleh daripada perkongsian tersebut, mangsa telah dilanggar oleh sebuah van yang sedang membuat pusingan U.

Salam Takziah

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen di Facebook Qaiyum iaitu rakan mangsa yang menyiarkan maklumat mengenai kemalangan ngeri itu. Mereka menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar mangsa ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Sumber : Qaiyum Yamalaya

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here