Juara Tilawah Al-Quran, tak memilih hanya impi jodoh ‘biasa2’ sahaja

Sedap mata memandang, sedap lagi telinga mendengar. Begitulah yang dapat digambarkan apabila bercakap mengenai Nor Farhatul Fairuzah Panut yang menjadi sebutan ramai, selepas menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu lepas.

19 tahun dah juara!Pelajar tingkatan 6, SMAP Labu

Kemenangan gadis berusia 19 tahun ini, telah membawa pulang kepingan emas bernilai RM 70,000, wang tunai sebanyak RM40,000 dan juga piala iringan.

Qariah muda itu merupakan pelajar Tingkatan 6 dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuann (SMAP) Labu, Negeri Sembilan.

Johan Qariah Tilawah Al-Quran, Nor Farhatul Fairuzah Panut, peserta daripada Malaysia di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 Tahun 1440H/2019M.Kredit video: YouTube Jom Belajar#mthqa2019 #mthqa #tilawah #qariah #alquran #johan #malaysia #antarabangsa #digitaltvh #tvhijrah

Posted by TVAlhijrah on Saturday, April 20, 2019

Soal jodoh, saya mahu yang biasa2 sahaja..

Namun apabila diajukan soalan berkaitan jodoh pilihannya, gadis berusia 19 tahun ini terlihat malu seketika, namun menjawab bahawa dia belum mahu memikirkan perkara tersebut, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Farhatul Fairuzah berkata dia hanyalah meletakkan kriteria yang ‘biasa-biasa’ sahaja untuk mana-mana lelaki yang ingin menjadi pasangan hidupnya suatu hari nanti.

“Alah…(sambal tertawa), belum terfikir lagi, tapi tak taulah… kalau boleh yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Tak kisah.”

Amal baca Quran setiap 15 minit…

Menurut anak bongsu daripada lima orang adik-beradik itu, dia mengamalkan membaca al-Quran setiap 15 minit, dan waktu yang paling sesuai adalah selepas menunaikan solat subuh untuk ‘memecahkan suara’.

Nur Farhatul Fairuzah juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang al-Quran dan syariah.

Ternyata, qariah muda ini telah mengundang perhatian ramai jejaka kerana wajah manisnya. Rata-rata ramai cuba untuk memikatnya menerusi ruangan komen laman sosial.

Sumber : Utusan Harian , Farhatul Fairuzah , TV Al-Hijrah

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here