“Mana pergi peminat fanatik…?” – Netizen kesian, persembahan Asad tak dapat sambutan

Siapa lagi yang masih tidak kenal dengan penyanyi muda Asad Motawh yang namanya kini kian meningkat naik dan semakin dikenali ramai.

Terdahulu, kecoh apabila penyanyi berusia 18 tahun pernah dipeluk dan ditarik oleh peminat fanatiknya, sehingga jatuh daripada pentas.

Ehh mana pergi semua peminat fanatik?

Hampir sukar untuk mempercayai, baru-baru ini tular video penyanyi muda tersebut membuat persembahan dalam salah satu acara, namun yang menyedihkan persembahan tersebut tidak mendapat sambutan.

KESIAAAAN TAKDA SIAPA DTG TGK ASAD MOWTAH PERFORMMMMM pic.twitter.com/reEq5cY9HR

— aida (@aidaburke_) April 21, 2019

Menerusi muat naik video di Twitter pengguna dengan nama Aida, dapat dilihat hanya ada beberapa orang sahaja berada di dalam dewan tersebut melihat persembahan Asad.

Tetap teruskan persembahan…

Walau bagaimanpun, dilihat penyanyi muda yang kini pengikut Instagramnya mencecah 1.3 juta, tetap melakukan persembahan dan melayan beberapa peminat yang hadir memberi sokongan kepadanya.

Kesian walaupun tak minat kat dia…

Rata-rata netizen di Twitter mempersoalkan mengenai situasi tersebut, malah ada yang kasihan melihat sambutan hambar yang diterima oleh penyanyi itu.

Mungkin dia tengah rehearsal kot…Ramai tak suka dekat Asad?
Kesiannya, takpe I datang nanti I peluk diaOkay la tu, takde kena peluk…

Sumber : Aida Burke

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here