Menangis tak henti2 dalam pesawat, bayi temui ajal sehingga nafas terakhir

Baru-baru ini, dilaporkan seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia. Punca kematiannya masih tidak diketahui dan sedang disiasat oleh pihak polis Australia.

Niat mulakan hidup baru di Australia berkecai…

Paling menyedihkan, ibu bapa bayi berkenaan merupakan bangsa Arab yang berhasrat untuk memulakan hidup baru di Australia bersama anak sulung mereka, Farah.

Seorang penumpang dalam kapal terbang yang sama, turut menceritakan kisah menyayat hati ini di laman Facebook miliknya. Nadia Parenzee menawarkan pertolongannya kepada ibu bapa bayi berkenaan selepas melihat mereka berdua seakan-akan tidak keruan sewaktu anak mereka menangis sepanjang dua jam perjalanan.

“Sejak menaiki pesawat, bayi itu tak henti menangis. Saya tawarkan bantuan kepada pasangan muda itu kerana mereka kelihatan tertekan.”

Badan Farah tiba2 lembik dan dia tak sedarkan diri

Menurut Nadia lagi, ketika dia cuba untuk tidur, seorang krew pesawat tiba-tiba menyentuh bahunya untuk meminta pertolongan. Pasangan Arab tadi menyerahkan anak mereka sekali lagi kepada Nadia.

“Mereka nampak terdesak. Saya terus baca surah Al-Fatihah. Tiba-tiba badan Farah lembik dan dia berhenti bernafas.”

Jerit mencari doktor dalam pesawat

Nadia tanpa berfikir panjang menjerit meminta tolong. Dia bertanyakan sama ada sesiapa di dalam pesawat itu merupakan doktor. Ramai yang cuba memberikan bantuan pernafasan kepada Farah sepanjang perjalanan, namun bayi berkenaan masih tidak memberikan apa-apa tindak balas.

Farah meninggal dalam dakapan Nadia

Pesawat tersebut didatangi pakar perubatan dan pihak berkuasa sewaktu tiba di lapangan terbang. Menurut Nadia, dia turut bersedih dengan pemergian Farah yang menghembuskan nafas terakhir dalam dakapannya. Nadia turut memuji sikap profesional krew pesawat Air Asia yang sangat membantu.

Sumber: MailOnline

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here