Atlet muda pecah rekod 100meter, pencabar Khairul Hafiz Jantan masih dalam latihan

Usia sememangnya tidak menjadi penghalang bagi mencapai kejayaan jika niat dan semangat seseorang itu cukup kuat. Baru berusia 15 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi muncul sebagai johan dalam acara 100 meter dengan rekod masa 10.69 saat pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Filipina.

Pecah rekod bagi 100 meter lelaki bawah 15 tahun

Baru-baru ini, Azeem sekali lagi mengulangi kejayaannya dalam sukan yang sama, malah telah mencatatkan rekod larian 100 meter terbaharu bagi kategori bawah 15 tahun iaitu 10.63 saat dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) baru-baru ini.

“Saya mahu cuba menyamai ataupun melepasi rekod kebangsaan yang dilakukan Khairul (10.18s). Saya akan berlatih bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan jurulatih saya,” katanya.

Azeem juga cipta rekod bagi sukan lompat jauh

Azeem turut memecahkan rekod bagi sukan lompat jauh dengan jarak lompatan 6.93 meter, sekaligus mengalahkan rekod lama iaitu 6.89 meter.

Mahu bersaing dengan Khairul Hafiz Jantan suatu hari nanti

Bercita-cita untuk melepasi rekod Khairul Hafiz Jantan, Azeem mengambil langkah selamat untuk tidak terburu-buru bersaing dengan atlet profesional. Azeem yang juga pelajar Tingkatan 3 di SMK Gunung Rapat, Ipoh tidak keputusan dirinya memakan diri sendiri.

“Buat masa ini, saya rasa tak perlu untuk saya berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil lagi. Seperti jurulatih (Amir) berkata saya perlu bersedia secara perlahan-lahan seiring dengan umur saya.”

Netizen kagum dengan prestasi luar biasa Azeem

Netizen turut terpesona dengan kebolehan serta prestasi mantap Azeem malah melabelkannya sebagai permata baru dalam dunia sukan. Malah, ada yang turut menjadikan kebolehan Azeem sebagai modal bahan jenaka mereka.

Dikhabarkan dia masih berlari…Kalaulah internet selaju adik ni…Coach lepaskan anjing sebagai latihan ke?Biar lambat asal tak kena saman dik

Sumber: TeamMsia, BeritaHarian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here