“Dah serupa papan..” – Berat 41kg, saiz badan Amyra Rosli jadi bualan geng diet

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) di Axiata Arena, Bukit Jalil telah melabuhkan tirainya Ahad lalu dengan menyaksikan para selebriti membawa pulang trofi masing-masing.

Namun sudah tentu penampilan mereka dalam anugerah berprestij itu menjadi tumpuan ramai setelah memuat naik gambar di laman media sosial.

Sama juga seperti pelakon yang kini sedang hangat dengan drama Nur 2, Amyra Rosli turut berkongsi gaya dress hasil pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini berwarna hitam elegan bersama peminat dan pengikutnya.

View this post on Instagram

Mommy ♥️ . . Dress @rizmanruzaini . . Makeup @ahma_dani . . Hair @amyynadiaa . . #DareToBeFit #Amyramar #AME2019 #Juzfit

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Penampilan berkenaan sudah semestinya mendapat pujian rakan selebriti yang teruja melihat kecantikan isteri kepada pelakon, Amar Baharin itu.

Cantik sangat mommy ni!

Netizen juga tidak melepaskan peluang memberikan komen yang rata-rata berbual mengenai saiz badan wanita berusia 28 tahun berkenaan kerana kelihatan kurus walaupun bergelar ibu kepada Aqeef Anaqi.

Kalau berisi sikit, nampak lagi cantikKurusnya! Kongsi la tipsNak kurus macam mommy!Berat 41kg je?Alahai pinggang kerengga!

Sumber : Amyra Rosli

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here