Muat naik gambar berdua, rupanya Fad Bocey & Naim Daniel adik-beradik?

Kehangatan Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) dirasai sehingga hari ini apabila terdapat artis dan selebriti tanah air masih memuat naik gambar mereka di laman media sosial.

Pelawak dan penyampai radio Era, Fad Bocey turut berkongsi gambar bersama penyanyi muda Naim Daniel dalam acara gilang gemilang di Axiata Arena, Bukit Jalil itu di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Cerita semalam di #AME2019 with adikku @naimdanielx ,congrates lagu #SUMPAH no 1 trending di youtubeee,come on guysss support lagu ni k🔥🔥😊😁😊😁

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Menerusi kapsyen, pelawak tersebut mengucapkan tahniah atas kejayaan lagu terbaru nyanyian Naim berjudul Sumpah yang menjadi trending di laman Youtube.

Penyampai radio Era FM berkenaan juga menyeru orang ramai agar memberi sokongan terhadap lagu ciptaan sepenuhnya oleh Naim Daniel dan Omar K itu.

“Cerita semalam di #AME2019 with adikku @naimdanielx, tahniah lagu #SUMPAH no 1 trending di Youtube, come on guys support lagu ni okey,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, rata-rata yang memberikan komen memberitahu bahawa wajah mereka berdua kelihatan seiras yang tidak ubah seperti adik beradik.

Kenapa muka sama ni?

Macam kembar pun ada!Adik-beradik kandung ke ni?
Mungkin dah lama berpisah!Sama betul laaa!

Sumber : Fad Bocey

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here