“Pukul hidung sampai bengkok.” – Anak syurga Zarina Zainuddin dibedah, doktor buang darah beku

Dua hari lepas, pelakon dan juga pengusaha pulut kuning, Zarina Zainuddin telah memuat naik satu posting di Instagram mengenai keadaan anak syurganya iaitu Azil. Umum sedia maklum bahawa anak kembar Zarina merupakan penghidap Autisme dan kondisi abang lebih memerlukan perhatian berbanding adiknya.

Pukul hidung sampai ada darah beku

Menerusi posting itu, pelakon wanita yang popular dengan watak-watak menjegkelkan telah memberitahu bahawa anaknya mengalami kesukaran untuk bernafas. Hal tersebut berpunca daripada kekerapan Azil memukul hidung sehingga bengkok. Doktor juga memberitahu disebabkan Azil selalu menangis, sistem pernafasannya turut terganggu.

View this post on Instagram

Tunggu ibu balik sayang ..ibu cari duit di rantau orang..malam ni ibu gerak balik ..esok ibu teman abang azil di hospital 😢 Baru sekejap suami saya mesej katanya azil susah nak bernafas akibat dia selalu pukul hidungnya dah bengkok dan doktor bagitau kesan dari nanggis yang lama dan berpanjangan juga menganggu sistem pernafasan azil 😭😭😭 Doakan saya selamat balik jumpa anak saya doakan juga semuga tiada apa2 yang serius pada anak saya 🙏🙏🙏

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Sudah ditahan di wad

Semalam, Zarina telah membawa Azil ke hospital dan anaknya itu telah ditahan di wad sebelum pembedahan dijalankan. Pelakon itu juga menceritakan perkembangan Azil menerusi muat naik yang seterusnya di Instagram.

View this post on Instagram

Admited malam ni esok operation jam 10.30 pagi.. azil kena puasa start jam 12mlm kalau bangun dia lapar for sure dia nak makan ..aduhaii doakan azil selamat menjalani operation esok ya 💖

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

View this post on Instagram

Azil takut nurse nak ambil darah.. dipujjk pujuk pun tak boleh..kena ambil esok ..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Selamat menjalani pembedahan

Azil telah pun selamat menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku yang mengganggu pernafasannya tengah hari tadi. Buat masa ini keadaan Azil masih lemah kesan daripada pembedahan tersebut.

Zarina turut meminta para peminatnya mendoakan agar Azil lekas sembuh daripada luka pembedahan.

View this post on Instagram

💖 get well aoon sayang ibu #azilazal #azil #autism #autismawareness Azil serelah operation keluarkan darah beku

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

View this post on Instagram

#azilazal #autism #autismawerness #azil Azil setelah operation Cepat sembuh sayang ibu 💖

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Cepat sembuh Azil…

Rata-rata netizen yang melihat posting pelakon wanita ini telah meniggalkan komen di ruangan Instagramnya. Mereka menzahirkan rasa simpati diatas kecederaan yang dialami Azil dan mendoakan agar anak syurga Zarina cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.

Semoga dikeluarkan dari kesakitan

Sumber : Zarina Zainuddin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here