“Agama you lagi pandai, jangan rendahkan kami…” – Haze tegur cara dakwah PU Amin & Da’i Wan

Sejak kecoh isu pergolakan rumah tangga seorang pendakwah selebriti yang curang terhadap isterinya sehingga sanggup bercerai berai, kini pelbagai persepsi dan tanggapan buruk diberikan kepada golongan agamawan.

Terpanggil untuk mengulas ini, pengacara dan penerbit rancangan Motif Viral menyuarakan pendapatnya dan teguran kepada segelintir golongan pendakwah muda yang dilihat semakin lantang meletakan hukum.

Patut ke pendakwah dikecam?

Menerusi satu muat naik video di laman Youtube milik Haze, membincangkan mengenai isu-isu yang wujud di sosial media selari dengan tuntutan tugasnya yang merungkai kejadian-kejadian tular yang berlaku di Malaysia.

Berdasarkan hasil pemerhatiannya di sosial media, pengacara tersebut berpendapat bahawa pendakwah dan ustaz selebriti ini dikecam mungkin kerana cara penyampaian yang tidak sesuai.

Terlalu cepat meletakan hukum…

Sebagai contoh, mengenai kes PU Amin yang terus mengeluarkan kenyataan mengenai azab menimpa apabila disoal mengenai masalah semasa yang melibatkan selebriti Malaysia boleh memberi kesan kepada kredibilitinya.

“Kalau ada adalah seorang pendakwah dan tidak ada karisma mahupun kredibiliti mahupun orang yang mahu mendengar sebab mereka merasakan anda tidak relevan. Bagaimana you nak sampaikan dakwah…”

Kami memang jahil, tapi janganlah merendahkan kami

Satu lagi yang mengundang rasa tidak puas hati Haze, adalah ketika Da’i Wan mengulas mengenai isu kecurangan PU Abu yang, pendakwah tersebut sepertinya menempelak netizen.

“Kami faham, kami sebagai rakyat marhein ni memanglah jahil agama. Tapi janganlah you guys macam merendahkan kami…”

Tak tegur tahap ilmu, tapi tegur cara penyampaian

Tambah Haze lagi, dia berpendapat bahawan cara penyampaian yang terlalu tegas dan dan mengecam sehingga menjadi perhatian mungkin bukan teknik yang baik.

Ujarnya, ambil contoh pendekatan yang dilakukan ustaz Ebit Lew yang menyampai dengan penuh kasih sayang tanpa perlu mengeluarkan kata-kata kecaman dan hukum terlebih dahulu.

Menjadi pengaruh besar dalam kalangan masyarakat bukanlah sesuatu yang mudah, menurut Haze ia tidak hanya memerlukan kredibiliti, namun karisma yang tinggi juga penting untuk diterapkan.

Sumber : Hazeman Huzir

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here