Miliki wajah serupa, Wardina Safiyyah & Datin Shahida ada pertalian keluarga?

Berikutan isu kontroversi rumah tangga PU Abu Sufian, pelakon Wardina Safiyyah turut meluahkan perasaan marah terhadap tindakan lelaki itu menceraikan isterinya yang sedang hamil.

Secara tidak langsung, laman Instagram pelakon drama bersiri Spanar Jaya itu kembali menjadi perhatian netizen bagi mengikuti perkembangan terbarunya.

Menerusi salah satu posting, pelakon berusia 39 tahun itu ada memuat naik sekeping gambar bertanya sekiranya wajah beliau seiras dengan isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida atau pelakon, Sarah Hildebrand.

View this post on Instagram

I rarely post personal pictures tapi nak tanya ada macam @sarahhildebrand ke? Ke macam @shahidadherbs

A post shared by Wardina Safiyyah Official (@wardinasafiyyahofficial) on

“Saya jarang muat naik gambar peribadi tapi nak tanya ada macam @sarahhildebrand ke? Ke macam @shahidadherbs,” tulisnya.

Posting berkenaan dihujani pelbagai komen yang rata-rata mengakui Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kelihatan tidak ubah seperti Datin Shahida.

Lebih kepada Shahida!Macam Datin Shahida sangat
MashaAllah cantiknya!Nampak macam dua2 pun adaAda pertalian keluarga ke?

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada mereka mempunyai pertalian keluarga ataupun sekadar pelanduk dua serupa!

Sumber : Wardina Safiyyah

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here