Nak makan dengan keluarga, lelaki & anak bongsu maut dirempuh Wira dari belakang

Semalam, telah berlaku satu kemalangan melibatkan penunggang motosikal dan juga sebuah kereta di Tumpat Kelantan. Kesan daripada kemalangan tersebut penunggang motosikal dan juga pemboncengnya dilaporkan maut semasa menerima rawatan di Hospital. Manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tak sempat nak makan malam

Penunggang motosikal dan juga anaknya yang dikenali sebagai Che Khalid Che Kub, 48 dan Che Fahim Danial Naufal, 12 sedang menuju ke kedai makan berhampiran selepas Khalid mengambil Che Fahmi pulang daripada kelas tambahan.

Menurut Harian Metro, isteri kepada mangsa memberitahu bahawa mereka bercadang bertemu di kedai makan pada malam semalam selepas Khalid mengambil anak bongsu mereka dari kelas tambahan dan dia datang bersama anak sulung menaiki kereta terus ke kedai makan untuk makan bersama.

Tak sempat makan bersama

Namun, ketika dalam perjalanan ke kedai makan, jalan sedikit sesak dan rupanya suami serta anak bongsunya terlibat dalam kemalangan. Kedua-duanya parah dan dikejarkan ke hospital. Namun tidak sampai beberapa jam Che Khalid telah kembali kerahmatullah disusuli anak mereka 10 jam selepas itu.

Selamat dikebumikan dalam satu liang

Jenazah anak beranak itu telah selamat dikebumikan pada pukul 2 petang tadi. Kedua-duanya telah disemadikan dalam satu liang di kampung tempat tinggal mereka iaitu di Tanah Perkuburan Islam Tok Selehor, Kampung Kok Pasir.

Arwah orangnya baik

Menerusi Facebook Berita Harian, rata-rata netizen telah menurunkan ucapan takziah kepada mangsa. Mereka juga mendoakan agar roh kedua-dua jenazah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang berimanHilang orang tersayang menghampiri puasa…

Sumber : Harian Metro

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here