“Perut ada baby, tapi hasad dengki..” – Kaka Azraff & Juliana Evans ‘berperang’ di Twitter?

Umum mengetahui, pelakon Juliana Evans dan penyanyi Kaka Azraff menjalinkan persahabatan semenjak dari awal kemunculan mereka di dalam industri hiburan.

Mereka juga kelihatan sering meluangkan masa bersama malah Kaka juga pernah menjadi ‘bridesmaid’ ketika rakannya yang mesra dipanggil Jue itu melangsungkan perkahwinan pada 2017.

Namun, ketiadaan Jue di majlis pernikahan dan resepsi Kaka yang berlangsung pada hujung tahun lalu mengundang tanda tanya netizen tentang status hubungan baik mereka.

Baru-baru ini, kedua selebriti berkenaan didakwa memuat naik status berbau sindiran dengan meluahkan perasaan masing-masing di laman media sosial.

Walaupun menerusi status yang dimuat naik tidak menyebut sebarang nama, namun seolah-olah mereka saling berbalas antara satu sama lain.

Tweets yang dimuat naik oleh Juliana Evans

Stop cakap kita kawan. Awak tiada kawan…
Tweets yang dimuat naik oleh Kaka AzraffHidup sangat singkat untuk pentingkan orang yang tak penting

Selain itu beberapa minggu lalu, foto Kaka yang menyarungkan kain net di kepala ketika mengadakan sesi photoshoot menjadi tular di laman sosial.

Mahupun begitu, Jue turut memuat naik foto seorang wanita memakai beg biru yang menutup kepala seakan-akan mirip foto Kaka.

Terkini, menerusi ruangan Insta Stories milik Jue malam tadi, pelakon itu meluahkan perasaan marah terhadap seseorang.

Perut ada baby, tapi…Saya tak perlu aibkan siapa2, saya akan dapat bukti2 nya sendiriTak sangka jugak la mulut kau jahat macam niKau & suami perangai sama je!Saya sudah berkorban banyak untuk kawan2 saya

Menjengah ke laman Instagram Kaka pula, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu memuat naik entri Twitter miliknya di ruangan Insta Stories.

Cakap jelah apa kau nak!
Walaupun begitu, mereka berdua tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini bagi merungkai persoalan netizen.

Sumber : The Binge Instagram – Juliana Evans Kaka Azraff Twitter – Juliana Evans Kaka Azraff

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here