Terbayang wajah ibu, suami selalu tegur buat Ummi Nazeera tak mahu buka aurat

Pelakon Ummi Nazeera antara selebriti yang mengambil keputusan untuk membuang imej seksi dengan tampil memakai hijab dalam industri seni sejak beberapa tahun lalu.

Mengaku bukan mudah bagi seorang penggemar fesyen untuk kekal istiqamah, wanita berusia 29 tahun itu bersyukur apabila mendapat sokongan orang tersayang dalam menutup aurat.

“Ada masanya saya lemah kerana ingin mencuba fesyen dan sebagainya. Saya memilih untuk tidak bercakap banyak mengenai perkara ini.

“Jujur diakui, iman ada turun naiknya tetapi saya perlu sentiasa beringat.

“Saya sentiasa kuatkan diri dan menganggap fesyen adalah sementara terutama apabila dugaan semakin kuat,” katanya.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, dia beruntung apabila suaminya sering memberi nasihat dalam segala hal termasuk gaya fesyen dan penampilan.

“Terbayang-bayang wajah ibu dan bapa mentua sebelum saya membuat sesuatu perkara yang boleh mencalarkan imej mereka.

“Kekuatan itu datang daripada mereka yang berada di sekeliling. Mereka sentiasa memastikan saya sentiasa berpijak di bumi nyata.

“Saya mengaku dulu berpakaian lebih longgar berbanding sekarang, namun, tidak melanggar batas menutup aurat,” ujarnya.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ayra Aneesah pada Ogos tahun lalu.

Sumber : BH Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here