“Ustaz terlajur dengan Hana…?” – Wartawan ini ‘steady’ bantai PU Abu dengan soalan panas

Pelbagai spekulasi timbul berkenaan kisah rumah tangga PU Abu yang didakwa menceraikan isteri yang sedang sarat mengandung, untuk hidup bersama dengan seorang janda cantik beranak satu.

Terbaru lensa wartawan mstar online berjaya menemui pendakwah tersebut bagi mendapat kepastian, berkenaan kontroversi yang sedang melanda dirinya.

Savage gila soalan wartawan ni! Direct terus dia bagi

Walaupun PU Abu bertindak tidak mahu berkongsi atau memberi sebarang komen berkenaan isu tersebut, namun apa yang menjadi perhatian adalah soalan yang diajukan oleh wartawan bertugas boleh disifatkan sebagai berani tanpa berkias-kias.

Wartawan yang dikenali sebagai Azlina Mazli, dilihat sudah sedia menanti pendakwah tersebut bagi mendapatkan jawapan tentang isu panas membabitkan dirinya.

Betul ke ustaz pernah terlanjur dengan Hana?

Boleh dilihat, sejurus PU Abu memberikan kerjasama, maka bertubi-tubi soalan panas diajukan kepada pendakwah tersebut, antaranya mengenai isu terlanjur bersama Hana Azraa.

Namun, reaksi yang diterima wartawan tersebut tidak seperti yang diinginkan, kerana PU Abu berkeras tidak mahu memberi jawapan sama ada benar atau tidak tuduhan tersebut.

Ustaz tunggu Hana amik ke?

Menurut pendakwah tersebut atas nasihat ayahnya, dia sama sekali tidak akan memberi sebarangan komen dan segalanya jawapan dibuat melalui sosial media miliknya.

Sumber : mStar Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here