Mertua dalam kemiskinan, isteri bantu kerjaya Mark Adam ubah nasib keluarga

Umum mengenali penyanyi berbakat besar kelahiran Filipina namun membina kerjaya di Malaysia, Mark Adam. Lebih 10 tahun berkelana di negara ini, Mark yang sudah berkahwin dengan Norazah Redzuan atau mesra disapa Ezan dilihat sangat bahagia walaupun belum lagi dikurniakan cahaya mata.

Perbezaan budaya dan bahasa antara Ezan dan keluarga Mark Adam tidak menghalang hubungan kekeluargaan yang erat antara mereka. Menyingkap kisah keakraban orang disebalik kejayaan Mark hari ini bersama ibunya, ternyata Ezan dan ibu Mark sangat rapat walupun jarang bertemu.

Niat nak bantu keluarga suami

Menurut temu bual isteri Mark Adam bersama Majalah Nona, pada awal perkahwinan, suaminya telah membawa dia pulang ke Filipina untuk bertemu keluarganya. Melihat kehidupan keluarga Mark yang agak kekurangan ketika itu, dia berazam untuk sama-sama membantu suaminya membawa keluarga mertua keluar daripada kedaifan.

“Makan nasi hanya berlaukkan ikan masin. Seumur hidup mereka tidak pernah merasa tidur di katil, hanya beralaskan tilam yang nipis. Saya rasa sangat sebak dan terfikir kenapa sampai begitu sekali keadaannya. Ia buat saya insaf. Bermula saat tu saya niat untuk bantu keluarga Mark.” – Ujarnya.

Bawa keluar keluarga dari kesempitan hidup

Kehidupan yang begitu sukar ditambah dengan keluarga yang ramai membuatkan Mark berusaha dan bekerja keras untuk membantu keluarga. Berkat usahanya dia berjaya mengeluarkan keluarganya daripada kesusahan walaupun tidak begitu mewah.

Dikenali di Malaysia

Ezan yang juga merupakan pengurus kepada Mark Adam berjaya membantu suaminya duduk sebaris dengan artis-artis terkenal Tanah Air.

Walaupun populariti Mark Adam sudah diperakui, namun sikapnya merendah dirinya masih tinggi dan perkara tersebut membuatkan dirinya masih diterima rakyat Malaysia.

Terbaik isteri macam ni

Menerusi perkongsian tersebut, ramai pengguna Facebook meninggalkan komen di ruangan Facebook sumber dengan memuji tindakan yang dibuat oleh isteri Mark Adam itu. Kehidupan saling menyokong dan mengutamakan keluarga hendaklah dicontohi oleh setiap masyarakat.

Semoga kehidupan sentiasa dipermudahkan

Sumber : Majalah Nona

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here