Jadi anak kedua, Sharifah Amani beri ucapan birthday penuh ‘cemburu’ buat Aleya

Hari lahir merupakan hari istimewa untuk setiap insan. Ucapan hari jadi daripada orang tersayang dapat menambah lagi rasa bahagia ulang tahun tersebut.

Perkara ini tidak terkecuali golongan artis. Hari ini, pelakon berbakat yang dilahirkan dala keluarga seni, Sharifah Amani telah memuat naik beberapa posting ucapan hari lahir kepada kakak tersayang iaitu Sharifah Aleya.

Dah ada empat orang anak dah pun

Umum sedia maklum bahawa keakraban mereka tidak dapat disangkal lagi kerana dilahirkan dalam adik beradik perempuan kesemuanya dan masing-masing terlibat dalam industri yang sama.

Namun begitu, menariknya ucapan tersbut adalah kerana Amani turut sama memuat naik gambar-gambar ketika mereka masih kecil.

View this post on Instagram

It’s this beautiful girl’s birthday today. She is all grown up now. She has 4 babies of her own. I wouldn’t have survived my years on this earth without her. Happy birthday to Abang Long #SharifahSisters @sharifahaleya The original gangster of #AwangPutihClan We love you so much Dee. Have an amazing birthday. 😘❤️😘

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Muka zaman kanak-kanak

Ucapan-ucapan yang diberikan oleh Amani kepada kakaknya jelas menunjukkan mereka begitu rapat. Anak kedua kepada pelakon wanita popular, Fatimah Abu Bakar turut berseloroh dengan memanggil kakaknya dengan nama Cassandra Esperanza Bahenol!

View this post on Instagram

With my ride or die soulmate @sharifahaleya I’m sorry I’m not there to celebrate your birthday with you Dee. Really wanted to just lepak with you and your crew but alas duty calls. Thank you Dee for being my compass, for living your life to the fullest so your sisters may learn from your choices, for being our fierce protector every time, for our gorgeous minions and our beautiful boys and so much more lah. There will be no #SharifahSisters without you. Nanti Mak belikan present vast ye. I love you so much Dee. I’m so blessed to have you in my life (Walaupun forever gaduh 🙄😆) I wouldn’t be the person that I am without you Sharifah Aloya. May our Beloved bless you and your family with much laughter, prosperity, love and adventures. Mudah mudahan #TillJannah Siiizzz!!! Happy birthday Cassandra Esperanza Bahenol!! 😘❤️😘

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Dia bahenol kan kitaaa

Gurauan itu turut balas oleh Aleya yang turut berpura-pura marah dan geram dengan tindakan adiknya memberinya nama sebegitu.

Aikkk ada yang cemburu ke tuu?

Pada gambar terakhir yang dimuat naik oleh Amani, dia sempat menyatakan bahawa Aleya bukan lagi anak manja bapanya selepas kelahiran dirinya. Namun, Amani tetap menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada kakak sulungnya itu serta mendoakan yang terbaik untuk Aleya.

View this post on Instagram

Daddy’s girl konon. 🙄🙄 Ini sebelum ai lahir laaaahh. 🤪🤪 Happy birthday si Nopal @sharifahaleya I love you forever and you have no choice but to terima jeeww. 😆❤️😘❤️🥰

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Selamat hari lahir Aleya!

Gurauan adik-beradik itu telah menbuatkan ramai netizen mulai meninggalkan ruangan komen di Instagram Amani. Rata-rata terhibur dan memuji hubungan erat mereka berdua. Mereka turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Sharifah Aleya serta mendoakan kesejahteraan artis tersebut.

Handsomenya muka ayah masa muda!

Sumber : Sharifah Amani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here