Dicerai suami ketika hamil, bekas isteri PU Abu diuji lagi dengan pemergian insan tercinta

Tiada siapa di dunia ini mahu mengundang malang dalam kehidupan, namun setiap ujian dan musibah datangnya daripada Allah sebagai tanda bahawa kita masih disayangi oleh-Nya.

Hidup perlu diteruskan, belum reda luka di hati selepas diceraikan oleh suami ketika diri sedang sarat hamil anak pertama, kini Ain Afini bekas isteri pendakwa selebriti PU Abu Sufyan mendapat satu lagi perkhabaran sedih.

Kau ambil seorang lagi insan ku sayangi…

Difaham petang semalam, Ain Afini sekali diuji dengan kehilangan nenda tercinta, berita sedih didapati menerusi muat naik foto terakhir bersama arwah ketika di hospital.

Menerusi kapsyen dibuat Ain, jelas kini hatinya dirundung kesedihan selepas terpaksa menghadapi satu lagi kehilangan dalam hidupnya.

Tak sempat tatap wajah cicit…

Lepas satu kehilangan…
Ujian bertimpa-timpa…

Sungguh perit untuk ditelan, ujian yang datang bersilih ganti tanpa diduga, pemergian nenek tercinta merupakan satu lagi ujian berat untuknya setelah kehilangan suami gara-gara wanita lain.

Makin banyak ujian, makin Allah sayang…

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan takziah kepada atas pemergian nenek Ain Afini, malah ada juga memberi kata-kata semangat buat wanita agar sentiasa tabah dalam menghadapi segala dugaan yang datang.

Disebalik ujian pasti ada rahmat yang tersimpan…Bersama kesusahan ada kesenangan kelak…Terus tabah dengan dugaan daripada AllahNak nangis bila teringat kisah isteri kena cerai masa mengandung

Berkenaan isu masalah rumah tangga bersama PU Abu Sufyan, setakat ini bekas suaminya dan wanita yang didakwa menjadi punca keretakan masih mahu mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.

Sesungguhnya Allah menguji insannya yang mampu, semoga Ain Afini mampu menempuh segala ujian yang menimpa dengan hati yang tabah dan penuh pengharapan kepada Allah.

Sumber : Ain Afini

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here