Terlibat kes rasuah RM3 juta, Bung Moktar & Zizie ditahan SPRM

Baru menimang cahaya mata dua bulan lalu, tiba-tiba pelakon Zizie Ezette dan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menerusi laporan mStar Online, perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengenai penahanan ahli Parlimen Kinabatangan itu bersama isterinya.

“Ya, mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah,” katanya petang tadi.

Sumber terdekat turut memberitahu bahawa pasangan suami isteri itu telah ditahan pagi tadi bagi memberikan keterangan berhubung kes rasuah melibatkan nilai sekitar RM3 juta.

Walau bagaiamanpun, pasangan itu dibebaskan selepas lebih kurang lapan jam kenyataan mereka direkodkan.

“Mereka dijangka didakwa dalam masa terdekat,” kata sumber terbabit.

Menerusi laporan Malaysiakini pula, sumber lain memberitahu bahawa ahli Parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat.

Sumber : mStar Online , Malaysiakini

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here