Tak kesah baju ‘diconteng’ pelajar, cikgu ‘show off’ kemeja hasil pelajar OKU

Lambakan graduan dalam jurusan pendidikan membuktikan yang ramai rakyat Malaysia berminat untuk meneruskan legasi tokoh-tokoh ilmuan. Namun, bukan semua guru membabitkan diri dalam bidang ini atas dasar melahirkan generasi yang terpelajar.

Mendidik seseorang sehingga celik bukanlah suatu perkara yang mudah, terutamanya jika melibatkan anak-anak muda mahupun pelajar yang menghidap kondisi tertentu. Sikap sabar dan ketabahan yang tinggi diperlukan bagi mendidik pelajar-pelajar istimewa ini.

Cikgu sanggup pakai baju yang ‘diconteng’ anak murid

Itulah yang diluahkan oleh seorang guru pendidikan khas yang mengajar di Sabah. Muat naik yang memaparkan dirinya memakai baju kemeja dengan hasil ‘seni’ anak-anak muridnya ke sekolah telah diulang kicau lebih 970 pengguna dengan 1,300 tanda suka.

Menurut Fazri Hassan, walaupun hasilnya kelihatan tidak seberapa, namun dia tetap berbangga untuk memakainya sebagai tanda penghargaan terhadap usaha hasil tangan anak-anak muridnya.

Bangga dengan hasil seni anak-anak murid

Tambahnya lagi, setiap corak pada bajunya mempunyai cerita dan makna tertentu. Kemeja istimewa yang dibuat oleh anak-anak muridnya mengambil masa tiga hari untuk dihasilkan.

Paling menyentuh hati, Fazri memakai kemeja dengan corak lukisan anak-anak muridnya ke sekolah sepanjang hari dan sempat mengambil gambar bersama-sama staf di sekolah serta rakan-rakan gurunya.

Setiap corak ada cerita tersendiri

Tayang baju berseni keliling sekolah Netizen memuji usaha Cikgu Fazri

Rata-rata netizen memuji usaha murni Fazri untuk mendidikan pelajar-pelajar istimewanya. Netizen turut terpukau dengan salah seorang pelajar yang bernama Maisarah yang berpenampilan comel dengan perangai yang menarik.

Terbaiklah cikguComot tapi still suka

Sumber: FazriHassan

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here