Perlukan perhatian! China melarang Muslim berpuasa, gesaan boikot produk China dilakukan

Dalam kegembiraan kita disini, sebagai ummat Islam mahu menyambut Ramadhan dan berpuasa, namun di negara minoritinya Muslim pula menerima pelbagai ujian dan dugaan untuk melakukan ibadah.

Bukan mudah sebenarnya jika hidup di kalangan bukan Islam yang terang-terangan punya sifat anti-Islam, satu cubaan yang besar buat mereka untuk mempertahankan agama dan ketakwaan kepada Allah.

China larang umat Islam berpuasa…

Realitinya, penindasan terhadap agama masih berlaku, baru-baru ini media melaporkan masyarakat Islam di China dilarang untuk melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Menurut, Hena Zuberi, pengarah kepada organisasi yang bertanggungjawab dalam melaksankan kempen ‘Puasa Dari China’ , meminta agar masyarakat dunia membantu mereka dengan memboikot produk dari negara China.

This upcoming Ramadan, let's not just fast from food and water, but also products made in China. This will be a big step forward in challenging China's genocide of Uyghurs and other Turkic people. #FastFromChina pic.twitter.com/MzCVVvwo9p

— Aydin Anwar (@aydinanwar_) April 26, 2019

Muslim ditindas di China…

Tindakan ini dilakukan ekoran daripada pihak berkuasa China membuat undang-undang ke atas masyarakat Muslim dengan tidak membenarkan mereka berpuasa.

Kempen itu bertujuan untuk, membuka mata ramai pihak bahawa penindasan yang berlaku terhadap masyarakat Islam di China adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan, dan perlukan perhatian dunia.

Demi melaksanakan ibadah kepada Allah, pelbagai ujian yang mereka diterima, sedangkan kita disini masih ada gagal merasai nikmatnya ibadah dan yang liat hendak berpuasa.

Sumber : Religion NewsrAK

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here