Lepas ugut saman bekas ‘driver’, Che Ta viralkan muka bekas pekerja di Instagram pula?

Sebelum ini, pelakon dan juga usahawan terkenal, Rozita Che Wan telah dihambat kontroversi bersama bekas pemandunya. Isu yang belarutan sehingga menyebabkan kes polis telah menarik perhatian warganet.

Walau bagaimanapun, ura-ura mengatakan bahawa Rozita atau Che Ta ingin menyaman bekas pemandunya itu masih belum ada sebarang makluman.

Bekas pekerja buat hal lagi

Namun begitu, semalam, belum reda isu saman bekas pekerjanya itu, Che Ta sekali lagi mengejutkan netizen apabila memuat naik satu IG story meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan seorang individu. Dia telah memuat naik gambar lelaki tersebut beserta nama Instagramnya.

Kereta jadi cagaran

Menerusi Instagram lelaki yang dikenali sebagai Mr. Jiman itu pula telah menjelaskan perihal sebenar dari sudut dirinya menerusi IG story. Dia juga telah mengakui berbuat salah dengan artis tersebut namun Che Ta seakan tidak maklum perkara itu.

Tak lari mana pun…

Individu lelaki itu juga meberitahu bahawa keretanya telah menjadi cagaran atas kesalahan yang dibuat. Dia turut telah mengakui salahnya namun Che Ta masih lagi menviralkan wajahnya di media sosial.

Kontroversi terbaru itu telah mebuatkan beberapa warganet meniggalkan komen diruangan Instagram Mr_Jiman. Maklum balas yang agak mengejutkan apabila para netizen seakan muak dengan isu berkaitan Che Ta dan pekerjanya kerana sebelum ini turut pernah berlaku.

Kena fikir balik la kenapa orang asyik naiya dia…Dah mengaku salah tapi masih nak viralkanLepasni taubatla sesiapa yang nak kerja dengan Che Ta…Posting kedua-duanya sudah dipadam

Walaupun posting tersebut telah dipadam namun kesahihan isu yang melanda Che Ta dan juga bekas pekerjanya masih menjadi tanda tanya. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak membawa kes ini ke muka pengadilan.

Sumber : Rozita Che Wan, Mr_Jiman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here