Kena tuduh nikah di Thailand, Instagram PU Abu rupanya digodam!

Selepas pagi tadi viral mengatakan bahawa PU Abu Sufyan menikahi usahawan kosmetik Hana Azraa pada 2 Mei yang lalu, sebentar tadi pendakwah tersebut telah memuat naik posting di Instagram dengan menafikan kenyataan tersebut.

Ini adalah berita palsu!

Dia turut membuat pengakuan bahawa Instagramnya telah digodam dan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan fitnah serta mempercayai berita palsu tersebut.

Kena hack?

Dia juga bersumpah dengan nama Allah bahawa khabar angin tersebut adalah fitnah kerana akaunnya digodam pada malam tadi. Tambahnya lagi, Facebook dan gmailnya turut sama tidak boleh di akses dipercayai digodam oleh seseorang.

Pernikahan dibawah pengetahuan keluarga

Bagi persoalan mengenai pernikahannya pula, PU Abu dengan ringkas menjawab menerusi kapsyen di Instagram bahawa urusan tersebut adalah antara dirinya dan juga keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

“Pernikahan saya dan Hana Azraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua. Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.” – Katanya.

Sumber : PU Abu Sufyan

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here