Harumkan nama Malaysia, anak Melayu kita dijemput jadi imam terawih di London

Dalam kita pada kita mendengar berita mengenai keruntuhan akhlak anak-anak muda zaman sekarang, namun tidak semuanya hanyut masih ada lagi remaja kita yang mampu dijadikan contoh dan teladan.

Satu berita yang mengharukan, menerusi laman Facebook Kolej Islam As-Sofa memaklumkan dua pelajar Malaysia telah dijemput untuk menjadi imam solat tarawih di London sepanjang Ramadhan tahun ini.

Jadi imam, diberi amanah sampaikan khutbah Jumaat

Dua orang pelajar Malaysia yang dimaksudkan adalah Umar Luqman Sufi Mohammad Shukri dan seorang lagi alumni KIS yang sedang berkhidmat di London Ahmad Arif Adnan.

Mereka berdua diberi kepercayaan bukans sahaja sebagai imam, malah diamanahkan untuk menyampaikan Khutbah Jumaat, tadarus, kelas fardhu ain dan berdakwah kepada masyarakat di London.

Ilmu luas tentang Al-Quran & mahir bahasa Inggeris

Difahamkan, pemilihan mereka adalah mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu, mahir dalam bahasa Inggeris, berpengetahuan luas dan mempunyai tahap bacaan al-Quran yang lancar.

Boleh dibanggakan, kedua anak muda ini bukan sahaja mewakili institusi mereka, malah mereka sekaligus telah membawa sekali nama Malaysia

Program yang turut dijayakan oleh Masjid Sofa London dan The Suffah London, sebenarnya memberi impak yang besar kepada masyarakat London, sehingga mendapat sokongan dan permintaan yang tinggi daripada penduduk di negara itu.

Sumber : Kolej Islam As-Sofa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here